Sunday, September 23, 2007

Market Rhythm - Lesson # 4

Sekarang kita akan berbincang berkenaan motion harga kerana ramai yang mengambil signal MACD yang tidak berkaitan dengan motion semasa. HASILNYA : satu kesalahan yang serius.

Lihat gambarajah,lihat motion market.

Kotak purple point A. harga bergerak pergi dari line biru 89SMA. Dan apa berlaku, bila ia Berjaya tembus SMA89, ada tekanan untuk turun atau naik. Tapi dalam kes ini ia naik.kemudian ia patah semula ke line 21EMA, point no 1,naik semula dan turun balik ke 21EMA, point no 2,naik, dan turun balik ke 21 EMA, point no 3.Sama pada point no. 4, 5 dan 6. Di situlah peluang baik untuk anda. Jika MACD menyokong trend bersambung(trend continuation)pattern, ia menjadi satu set up yang bagus.

Lawan trend kita boleh ambil, tetapi bila ia kena pada suatu trendline.kita belum sampai lagi pada tajuk itu. Kerana kita perlu melakar trendline utk top dan kita putuskan hingga ke mana line tersebut boleh dilukis. Ia adalah apabila melepasi suatu resistant, ini sangat penting kerana ia tidak diambil kira sebagai satu rithm.anda akan tahu secara random dan ada cara tertentu untuk melakukannya. Kita akan lihat pada teknik itu kemudian.

Page 2 kita lihat kembali, tapi ada line merah trend top sebelah kiri. Apa yg berlaku, harga patah semula ke 89EMA, ia berlaku dalam bentuk 1,2,3. Kemudian ia kembali ke garis 21EMA pada titik merah no.2.kemudian ia ke 89 titik merah no 3 dan ke kotak purple.(titik A warna hitam).

Situasi itu ialah apabila trend top(merah) dan kembali ke EMA89. Anda lihat ia turun dan kita jangkakan ia kembali ke 21.memang ia berlaku, TETAPI, ia tidak terus turun ke bawah, sebaliknya ia terus naik semula ke garis 89EMA(titik B) itu member gambaran bahawa harga tidak akan menyambung down trend sebaliknya akan naik semula.

Jadi ia sekarang kearah asal yang ia hendak tuju.

Kemudian ia patah semula ke C di bawah EMA89 dan kita jangkakan ia naik semula ke EMA21 sebelum turun, tetapi ia terus naik ke 89EMA.selepas itu baru ia turun. Jadi pada lingkungan itu kita boleh trade Cuma kita masih tidak tahu kemana arah yang sebenarnya.

Pada titik D sahaja baru kita Nampak harga break 89EMA tetapi masih tak tahu samada akan berhenti dalam range itu , terpaksalah kita beri sedikit ruang untuk ia bergerak. Kemudian kita Nampak ia gerak ke atas sebelum patah semula ke titik hitam no.1 sebelah kanan89,

ia telah jumpa garis support baru di situ dan baru ia bergerak menjauhkan diri. Setiap kali ia gerak ke 89EMA, dan ada sokongan dari MACD, kita boleh ambil peluang utk buka posisi trade. Apa yang berlaku, harga naik keatas, kemudian turun ke EMA21 (titik no.2 hitam). Di sanalah satu setup yg sangat baik yang kita tunggu dan cari.

Sekarang kita lihat pada MACD, ia member bacaan sedikit trend continuation. Kita tidak buat hanya semata kerana signal dari MACD, tetapi juga disebabkan juga harga yang bergerak menjauh dari EMA 21 (titik hitam no.3) titik hitam no 4 juga sama, dan juga titik hitam no.5(semuanya menjauhkan dari EMA 21).

Lihat pada trendline yang telah saya lakar, pada top titik 123 di D menaik, (garis hitam) bila harga melanggar Resistant tersebut,pada saat ia top, anda boleh mengambil trade lawan arah trend(counter trending) , dengan syarat risk reward ratio (R:R) sesuai.

Risk reward ratio adalah nisbah risiko loss berbanding nisbah profit.

Graf atas, kita boleh Nampak titik 1,2,3 hitam. Dan titik 1,2,3,4,5 memberitahu ia patah semula ke EMA21. TETAPI saya ingin anda lihat kepada semua kotak purple di tengah antara 2 garis merah melintasi dia semua garisan 89EMA dsb, menunjukkan market tiada arah dan ia mewujudkan consolidation mode, jadi kita perlu mengadakan top trendline dan bottom trendline pada graf. Bila berdepan situasi sebegini, kita perlu ambil kira signal pergerakan MACD pada top dan bottom pattern tersebut. Pergerakan pertengahan trendline tersebut kita perlu berhati2 selepas lihat pada ruang antara 2 trendline tersebut.ia sangat penting.

Jika anda lihat pada kotak yang pertama sebelah kiri, ia tunjuk turun, dan kemudian kita dapati titik2 hitam 1,2,3. Selepas itu kehabisan momentum. Kemudian kita dapati titik2 merah a,b,c yang mana ia kembali ke EMA21 pada merah a. kemudian turun ke b dan c sebelum naik ke EMA 89, keadaan ini normal bila market bergerak dalam rithm. Cuma apabila ia tidak berada dalam keadaan rithm yang normal, anda perlu sangat sangat berhati2.

Graf diatas adalah keadaan semasa waktu saya buat nota ini.lihat pada merah yang saya ada.Ia top pada garisan cokelat, resistant besar waktu 2004. 2 kotak purple, dan lihat pada EMA89(garis biru) menunjukkan ia tiada rithm. Dan kemudian sebelah kanan, ada no.1 dan 2. Iaitu harga semasa. market naik ke EMA21(titik 1 kanan) dan turun semula sebelum naik ek titik no.2 selepas itu ia berdezup turun. Gedebukk jatuh.

Jadi, diantara 1 dan 2, 2 adalah setup yang sangat berpotensi dan baik. Jika anda ambil trade tersebut, ia akan menurut jangkaan anda.

Tetapi jika saat harga melanggar suatu resistant besar seperti bulatan merah pada top, anda tahu ia akan jadi tidak tentu arah naik dan turun.

Garis biru pada sebelah kiri anda ialah suatu rithm yang baik sekali. Harga menjauh dari EMA21 kemudian patah balik ke 21 semula. Jauh dan balik, jauh dan balik semula. Jadi anda perlu mencari rithm pergerakan yang seperti itu untuk satu trade entry yang baik. Kiranya tiada seperti itu, menunjukkan tiada stability dan anda perlu putuskan samada anda akan bukak posisi atau tidak. Sekiranya anda trade, anda cari sedikit pip sebelum menunggu satu break trend yang lebih kuat.tembus atau patah balik ke EMA 89, semula ke EMA21 anda akan tahu samada ia adalah trend seperti yang ada pada harga semasa seperti dalam carta.

Article By:Phillip Nell “4 Hour Strategy (300 + Pips per Month)

No comments:

Prime Online FX Broker

FXcast